Sempena Mesyuarat Agung Pertama Penubuhan Koperasi Gagasan Bumiputera Setia Kuala Lumpur Berhad (Koperasi GBS) yang akan berlangsung pada 7 Julai 2012, satu sesi latihan telah diadakan pada hari Jumaat bertarikh 6 Julai 2012 bertempat di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur. Kesemua anggota Ahli Lembaga Koperasi GBS telah menghadirkan diri pada sesi latihan tersebut yang diketuai oleh Tuan Haji Zulkifli Bin Tuan Haji Mat Rawi selaku Tuan Pengerusi Koperasi GBS tersebut.
Tujuan sesi latihan tersebut diadakan adalah untuk memastikan segala perancangan-perancangan yang telah dirancang serta dipersetujui oleh seluruh anggota Ahli Lembaga Koperasi selama ini berjalan dengan lancar pada majlis yang akan berlangsung pada keesokkan harinya.
Pihak Koperasi GBS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sharifah Hafizah selaku Setiausaha UMNO Cawangan Wangsa Maju kerana sudi membenarkan penggunaan Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat Danau Kota,Setapak Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk Mesyuarat Agung Pertama Penubuhan Koperasi Gagasan Bumiputera Setia Kuala Lumpur Berhad.
Diharap penubuhan Koperasi GBS ini akan menjadi salah satu koperasi yang akan menjadi tunjang pembangunan ekonomi negara. Selain itu, didoakan agar Koperasi GBS ini berjaya dalam menghasilkan produk-produk tempatan yang berkualiti tinggi seiring dengan koperasi-koperasi yang telah sedia ada di negara ini.

No comments:
Post a Comment