Buat permulaan Koperasi GBS Kuala Lumpur Berhad mensasarkan untuk menjalankan penternakan ayam daging yang dijalankan secara perkongsian keuntungan dan kontrak farming.
Perniagaan ini seterusnya akan dipasarkan sendiri oleh En Faheizal Besah yang dilantik sebagai pegawai pemasaran bagi menjana pendapatan permulaan koperasi.
Sebagai permulaan pihak koperasi akan menyediakan reban dan menternak sebanyak 5,000 ekor ayam dan akan dikembangkan dari masa ke semasa melalui keuntungan yang diperolehi. Insyallah dengan usaha dan kerjasama yang berterusan dikalangan ALK dan ahli-ahli koperasi, penternakan ini akan mampu memberikan pulangan yang memuaskan.
Selain dari itu, pihak koperasi juga akan menceburkan diri dalam bidang pemasaran produk pakaian wanita seperti kain telekung, tudung bawal dan sebagainya.
Memandangkan koperasi ini baru sahaja ditubuhkan dan semua par ahli masih diperingkat penambahbaikan, maka perniagaan ini akan dimulakan secara kecil-kecilan.
Pihak kami percaya dengan moto, permulaan langkah yang kecil akan mampu membuka langkah yang lebih besar. Pihak koperasi juga telah mensasarkan untuk memulakan perniagaan ini secara online dan dikembangkan secara berperingkat dari masa ke semasa. Selain dari itu, wakil-wakil pemasaran yang dilantik juga akan memasarkan produk ini ke gerai-gerai jualan malam, pasar tani dan sebagainya.
Untuk aktiviti yang ketiga, pihak koperasi juga telah bersetuju untuk memulakan langkah bagi memasarkan produk-produk IKS seperti kerepek, maruku dan polkadot apam. Insyallah dengan cara ini koperasi yang baru ditubuhkan ini akan mampu menjana pendapatan tambahan. Walaupun pendapatan yang diperolehi tidak banyak, namun buat permulaan ia sudah memadai sebelum ALK melangkah dengan lebih jauh dalam bidang perniagaan ini.
DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA JALAN
