Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak satu sesi IFTAR bersama seluruh anggota Ahli Lembaga Koperasi Gagasan Bumiputera Setia Kuala Lumpur Berhad telah diadakan pada hari Khamis bertarikh 16 Ogos 2012 bersamaan 27 Ramadhan 1433 Hijrah.Sesi IFTAR tersebut telah diadakan di Dewan Perdana Felda , Jalan Semarak Kuala Lumpur.Syukur Alhamdulillah hampir keseluruhan anggota Ahli Lembaga Koperasi GBS dapat menghadirkan diri bersama keluarga tersayang.
Selain meraikan kedatangan Syawal yang bakal tiba sesi IFTAR ini juga secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga besar anggota Ahli Lembaga Koperasi GBS. Semoga aktiviti seperti ini dapat dilakukan sebagai salah satu acara tahunan dalam setiap menjelangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan datang , Insya'Allah.
Akhir kata , kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada seluruh ahli-ahli koperasi dibawah naungan Koperasi Gagasan Bumiputera Setia Kuala Lumpur Berhad.
No comments:
Post a Comment