Saturday, 14 July 2012

SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA PM UMUM BERITA GEMBIRA

Hari Koperasi Negara

YAB Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan beberapa berita gembira kepada gerakan koperasi dalam usaha untuk meningkatkan perniagaan mereka di negara ini. Perdana Menteri berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memutuskan bahawa sumbangan sebanyak dua peratus kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dikurangkan kepada satu peratus untuk tempoh dua tahun sehingga 2012. Selain itu, beliau berkata, kerajaan membuat keputusan bahawa sumbangan koperasi kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori dikurangkan sebanyak 10 peratus daripada 25 peratus sehingga akhir Mei 2013.


"Dengan penurunan sumbangan kedua-dua kumpulan ini, koperasi dijangka boleh dikekalkan keuntungan lebih kurang RM300 juta dan modal ini boleh digunakan koperasi untuk membesarkan perniagaan mereka dan pada akhirnya dapat meningkatkan pendapatan koperasi dan seterusnya memberi faedah kepada anggota," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara 2011 di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Najib berkata, sebagai sokongan terhadap gerakan koperasi negara, kerajaan juga meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta tahun ini, kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menerusi Tabung Modal Pusingan (TMP) untuk sektor koperasi memulakan dan membesarkan operasi masing-masing.

Sebelum ini, katanya kerajaan menyediakan dana di bawah TMP sebanyak RM522 juta dan daripada jumlah itu, SKM telah memberikan pinjaman sebanyak RM464 juta kepada koperasi-koperasi untuk menjalankan aktiviti mereka.

No comments:

Post a Comment