Wednesday, 29 August 2012

IFTAR BERSAMA AHLI LEMBAGA KOPERASI GAGASAN BUMIPUTERA SETIA KUALA LUMPUR BERHAD


Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak satu sesi IFTAR bersama seluruh anggota Ahli Lembaga Koperasi Gagasan Bumiputera Setia Kuala Lumpur Berhad telah diadakan pada hari Khamis bertarikh 16 Ogos 2012 bersamaan 27 Ramadhan 1433 Hijrah.Sesi IFTAR tersebut telah diadakan di Dewan Perdana Felda , Jalan Semarak Kuala Lumpur.Syukur Alhamdulillah hampir keseluruhan anggota Ahli Lembaga Koperasi GBS dapat menghadirkan diri bersama keluarga tersayang.

Selain meraikan kedatangan Syawal yang bakal tiba sesi IFTAR ini juga secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga besar anggota Ahli Lembaga Koperasi GBS. Semoga aktiviti seperti ini dapat dilakukan sebagai salah satu acara tahunan dalam setiap menjelangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan datang , Insya'Allah.

Akhir kata , kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada seluruh ahli-ahli koperasi dibawah naungan Koperasi Gagasan Bumiputera Setia Kuala Lumpur Berhad.




Thursday, 26 July 2012

SESSI LATIHAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERTAMA PENUBUHAN KOPERASI GAGASAN BUMIPUTERA SETIA KUALA LUMPUR BERHAD



Sempena Mesyuarat Agung Pertama Penubuhan Koperasi Gagasan Bumiputera Setia Kuala Lumpur Berhad (Koperasi GBS) yang akan berlangsung pada 7 Julai 2012, satu sesi latihan telah diadakan pada hari Jumaat bertarikh 6 Julai 2012 bertempat di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur. Kesemua anggota Ahli Lembaga Koperasi GBS telah menghadirkan diri pada sesi latihan tersebut yang diketuai oleh Tuan Haji Zulkifli Bin Tuan Haji Mat Rawi selaku Tuan Pengerusi Koperasi GBS tersebut.

Tujuan sesi latihan tersebut diadakan adalah untuk memastikan segala perancangan-perancangan yang telah dirancang serta dipersetujui oleh seluruh anggota Ahli Lembaga Koperasi selama ini berjalan dengan lancar pada majlis yang akan berlangsung pada keesokkan harinya.

Pihak Koperasi GBS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sharifah Hafizah selaku Setiausaha UMNO Cawangan Wangsa Maju kerana sudi membenarkan penggunaan Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat Danau Kota,Setapak Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk Mesyuarat Agung Pertama Penubuhan Koperasi Gagasan Bumiputera Setia Kuala Lumpur Berhad.

Diharap penubuhan Koperasi GBS ini akan menjadi salah satu koperasi yang akan menjadi tunjang pembangunan ekonomi negara. Selain itu, didoakan agar Koperasi GBS ini berjaya dalam menghasilkan produk-produk tempatan yang berkualiti tinggi seiring dengan koperasi-koperasi yang telah sedia ada di negara ini.

Sunday, 15 July 2012

SPEAK1M BANTU KOPERASI DALAM PERNIAGAAN


Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Skim Pembiayaan Ekonomi Anggota Koperasi 1Malaysia (SPEAK1M) bagi membantu anggota koperasi melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan. Beliau berkata skim itu merupakan dana pembiayaan mikro yang akan disalur kepada koperasi untuk menjana aktiviti ekonomi anggotanya sejajar peranan mereka sebagai satu daripada tunjang pembangunan ekonomi negara.

Saturday, 14 July 2012

SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA PM UMUM BERITA GEMBIRA

Hari Koperasi Negara

YAB Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan beberapa berita gembira kepada gerakan koperasi dalam usaha untuk meningkatkan perniagaan mereka di negara ini. Perdana Menteri berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memutuskan bahawa sumbangan sebanyak dua peratus kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dikurangkan kepada satu peratus untuk tempoh dua tahun sehingga 2012. Selain itu, beliau berkata, kerajaan membuat keputusan bahawa sumbangan koperasi kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori dikurangkan sebanyak 10 peratus daripada 25 peratus sehingga akhir Mei 2013.