Latarbelakang

Koperasi ini adalah merupakan satu inisiatif bersama untuk sama-sama membangunkan ekonomi diri dalam bidang perniagaan. Idea penubuhan koperasi ini pada mulanya hanya merupakan perbualan antara rakan-rakan yang merasakan aktiviti berkumpulan yang sering dilakukan harus diisi dengan satu perkara yang bermanfaat. Dan yang paling penting adalah dalam memastikan ia dapat memberikan sedikit pendapatan tambahan di kalangan ahli.

Hasil persetujuan bersama, satu mesyuarat peneyelarasan telah diadakan bagi membincangkan hala tuju dan objektif yang perlu dilakukan bagi merealisasikan penubuhan koperasi ini. Setelah berlangsungnya beberapa siri perbincangan akhirnya, satu kata putus telah berjaya dicapai untuk menubuhkan koperasi ini bagi mengerakkan semua aktiviti berkumpulan di kalangan rakan-rakan.

Perbicangan itu akhirnya telah berjaya mengadakan satu mesyuarat penubuhan dengan kehadiran dari wakil dari pihak SKM. Setelah berjaya mengadakan mesyuarat penubuhan, semua dokumen yang berkaitan telah dihantar kepada pejabat SKM Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan kelulusan untuk mengerakkan koperasi ini.


No comments:

Post a Comment